Cubaan Melemaskan Isteri Di Dalam Mangkuk Minuman Anjing Kerana Sekeping Pizza




Richard Watson (47) mempunyai cara yang pelik untuk menyelesaikan masalah rumahtangga beliau. Rabu minggu lalu beliau naik berang dengan isteri beliau Debra Watson (59) kerana pizza
yang di microwave oleh Debra didapati tidak masak dengan sempurna. Beliau kemudian dengan marahnya mencampak pinggan dan pizza separa masak itu ke pintu. Debra juga menjadi emosi dan mencampakkan pinggan beliau juga. Pergaduhan berlaku dan Richard dikatakan cuba melemaskan isteri beliau di dalam mangkuk minuman anjing milik pasangan ini. Debra berkata ketika itu mangkuk minuman anjing mengandungi air setinggi 3 inci. Dalam pergelutan yang berlaku Debra berjaya melepaskan diri dari lemas dan terus menalefon pihak polis.

Richard kini ditahan di Lokap Polis Volusia Beach sementara menunggu tarikh dibicarakan atas tuduhan cubaan membunuh Debra. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...