Taman Tema Pertama Malaysia – Mimaland (1971 – 1994)



Malaysia in Miniature Land atau Mimaland merupakan taman tema pertama di Malaysia yang begitu popular pada tahun 70-an dulu. Tapi sayang terpaksa ditutup pada tahun 1994 oleh kerana beberapa kejadian tanah runtuh dan kematian seorang rakyat Singapura akibat lemas. Ramai generasi muda
hari ini mungkin pertama kali mendengar tentang Mimaland ini tapi tanyalah ibu dan bapa anda, tentu mereka tahu (Jika masih ingat). Ayuh kita  mengimbau kenangan Mimaland yang pernah menceriakan ribuan manusia suatu ketika dahulu.




Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah’ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ seperti Gila-Gila Remaja (1986), Tuan Besar (1980), Mekanik (1983).






Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...