Ronaldo Luís Nazário de Lima ialah lagenda bolasepak dunia. Semasa mewakili Brazil beliau memenangi dua Piala Dunia serta menjaringkan 62 gol dalam 98 perlawanan. Selepas bersara pada tahun 2011 berat badan beliau menaik mendadak sehingga 118 kilogram. Beberapa bulan yang lalu Ronaldo menyertai sebuah rancangan realiti bertajuk Medida Certa (Ukuran Ideal) di Brazil. Dalam masa tiga bulan Il Fenomeno berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 17 kilogram. Pengurangan berat badan ini dilakukan bagi memastikan beliau cergas untuk sebuah perlawanan amal bersama Zinadine Zidane 19 Disember ini.
No comments:
Post a Comment